Berita menarik bagi peminat peranti Galaxy Note di Malaysia. Samsung Galaxy Note Fan Edition akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 25 Oktober. Peranti ini ialah sebuah Samsung Galaxy Note 7 yang dikemaskini dengan bateri yang lebih kecil dan selamat.
Samsung Galaxy Note FE dilengkapi skrin 5.7″ AMOLED QHD, pemproses Exynos 8890, memori sebesar 4 GB RAM dan storan 64 GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Perbezaan Note 7 FE dari Note 7 asal ialah bateri kini dikecilkan ke 3200 mAh. Pada waktu yang sama ia turut menggunakan Android 7.1.1. Ia juga turut menyertakan sokongan S=Pen, selain menawarkan rekaan kalis air dan debu.
Di Malaysia, ia akan ditawarkan pada harga RM2599 dalam dua pilihan warna, hitam dan biru.