Ini Ialah Evolusi Harga Jualan iPhone Di Malaysia

Ini Ialah Evolusi Harga Jualan iPhone Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Harga jualan rasmi iPhone 8 baru sahaja diumumkan semalam. Dengan harga bermula dari RM 3,649, model terbaru iPhone ini terletak di dalam kategori antara peranti termahal di pasaran. Ini membuatkan kami terfikir apakah perbezaan harga jualan rasmi iPhone sejak ia dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2009.  Berikut ialah senarai lengkap harga jualan kesemua model iPhone di Malaysia.

Sejak dari azali iPhone dijual pada harga tidak mampu milik. Harga jualan termurah pada hari pertama ialah RM 1.949 untuk iPhone SE yang memasuki pasaran pada tahun 2016.  Setakat ini harga jualan paling tinggi pula ialah RM 5,899 untuk iPhone X 256GB. Selamat datang ke dunia peranti pintar yang harganya melangkaui lima ribu ringgit.

Senarai di bawah adalah harga jualan pada hari pelancaran sahaja. Harga jualan semasa tidak dimasukkan kerana berbeza mengikut penjual.

iPhone 3G
8GB – RM 2,540
16GB – RM 2,960

iPhone 3GS
16GB – RM 2,490
32GB – RM 2,990

iPhone 4
16GB – RM 2,290
32GB – RM 2,690

iPhone 4S
16GB – RM 2,190
32GB – RM 2,590
64GB – RM 2,890

iPhone 5
16GB – RM 2,199
32GB – RM 2,499
64GB – RM 2,799

iPhone 5S
16GB – RM 2,349
32GB – RM 2,699
64GB – RM 2,999

iPhone 5C
16GB – RM 1,999

iPhone SE
16GB – RM 1,949
64GB – RM 2,449

iPhone 6
16GB – RM 2,399
64GB – RM 2,749
128GB – RM 3,149

iPhone 6 Plus
16GB – RM 2,749
64GB – RM 3,149
128GB – RM 3,549

iPhone 6S
16GB – RM 3,199
64GB – RM 3,699
128GB – RM 4,199

iPhone 6S Plus
16GB – RM 3,699
64GB – RM 4,199
128GB – RM 4,699

iPhone 7
32GB – RM 3,199
128GB – RM 3,699
256GB – RM 4,199

iPhone 7 Plus
32GB – RM 3,799
128GB – RM 4,299
256GB – RM 4,799

iPhone 8
64GB – RM 3,649
256GB – RM 4,399

iPhone 8 Plus
64GB – RM 4,149
256GB – RM 4,899

iPhone X
64GB – RM 5,149
256GB – RM 5,899


TIPS & ULASAN