Cari @ Amanz

Cakera Keras Seagate Dengan Storan Sebesar 12TB Berharga Bermula RM2199 Di Malaysia

Oleh Nazrin

Link Copied!

Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa Seagate hadir dengan beberapa model cakera keras dengan saiz storan sebesar 12TB, iaitu Seagate Barracuda Pro, Seagate IronWolf dan Seagate IronWolf Pro.

Tanda harga dalam matawang USD telahpun diberikan ($529 (~RM2239), $469 (~RM1985), $539 (~RM2279)), tetapi nampaknya harga untuk pasaran Malaysia telahpun dibongkari oleh rakan-rakan kami di Lowyat.NET. Pihak Seagate Malaysia nampaknya telahpun memberitahu tanda harga untuk cakera-cakera keras ini untuk pasaran tempatan:

  • Seagate Barracuda Pro – RM2499
  • Seagate IronWolf – RM2199
  • Seagate IronWolf Pro – RM2599

Menurut laporan Lowyat.NET lagi, ketiga-tiga cakera keras ini akan hadir di pasaran Malaysia pada penghujung bulan Oktober ataupun bulan November kelak.


Komen ()