Apple Mungkin Melancarkan “iPhone Note” Dengan Sokongan Stylus Menjelang 2019

Apple Mungkin Melancarkan “iPhone Note” Dengan Sokongan Stylus Menjelang 2019

Diterbitkan pada Okt 13, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note ialah peranti dengan stylus yang terbaik dI pasaran. Teknologi S-Pen yang tidak menggunakan bateri memberikannya kelebihan berbanding stylus lain seperti Apple Pen. Menurut laporan The Investor yang memetik sumber industri, Apple mungkin akan melancarkan iPhone dengan sokongan stylus seawal 2019.

Sumber industri mendakwa Apple sedang berbincang dengan beberapa pengeluar stylus untuk bekerjasama menjadikan “iPhone Note” sebuah realiti. Teknologi yang digunakan mungkin berbeza daripada yang digunakan pada Apple Pencil. Ini bukan kali pertama ura-ura iPhone dengan stylus dilaporkan. Disember lalu kami melaporkan Apple telah mempatenkan rekaan stylus yang digunakan pada iPhone.

Buat masa ini, Apple sedia menawarkan sokongan stylus untuk iPad Pro melalui apa yang dipanggil mereka sebagai Apple Pencil. Ia masih menjadi tanda tanya sama ada Apple akan menawarkan stylus untuk iPhone sebagai sokongan tambahan dan menjualnya secara berasingan seperti Apple Pencil, atau akan menawarkannya secara terbina seperti Galaxy Note 8.

Sejak kematian Steve Jobs, Apple tidak mempunyai masalah mengikut trend pasaran. Skrin iPhone kini lebih besar walaupun Jobs pernah mengatakan ia menyukarkan elemen antaramuka diakses dengan sebelah tangan. Ini diikuti pula dengan rekaan semua-skrin. Tidak mengejutkan jika iPhone dengan stylus juga akan muncul di masa hadapan.


TIPS & ULASAN