Carian
Hampir 25% Rakyat Malaysia Sanggup Membelanjakan Lebih RM 1600 Untuk Membeli Peranti Pintar
October 14, 2017 Effi Saharudin

Hari ini hangat di atas talian mengenai harga jualan iPhone X yang hampir mencecah RM 6,000 sebuah. Di ruangan komen Facebook Amanz, ramai yang merasakan harga yang ditetapkan Apple ini amat melampau. Tetapi menurut kajian yang dilakukan oleh Counterpoint, 23% rakyat Malaysia sanggup membayar lebih daripada $400 (~RM 1682) untuk membeli sebuah peranti pintar.

Ini adalah peratusan yang agak tinggi kerana di Jepun hanya 13% sanggup membayar pada tanda harga tersebut walaupun mereka tinggal di negara maju. Arab Saudi mencatatkan peratusan tertinggi dengan 53% menakal India paling rendah dengan hanya 5%.

Di dalam kajian yang sama, secara purata pengguna membeli peranti baru setiap 21 bulan dengan rakyat Malaysia bertukar peranti setiap 22 bulan. Jepun paling jarang menukar peranti kerana melakukannya setiap 26 bulan.

Akhir sekali 26% pemilik  menghabiskan lebih 7 jam sehari menggunakan peranti. Hanya 1% peratus menggunakannya kurang dari sejam. Aktiviti paling popular dilakukan menggunakan peranti pula ialah melayari web dengan 64%.

Adakah anda tergolong di dalam kategori insan yang sanggup membayar lebih dari $400 untuk sebuah peranti? Sekiranya ya apakah jumlah termahal pernah anda bayar untuk sebuah peranti pintar?

Komen