Cari @ Amanz

Kamera DXO One telah dilancarkan pada tahun 2015. Pada waktu tersebut kamera tambahan ini hanya menyokong peranti iOS. Pihak DXO telah mengumumkan versi yang boleh digunakan bersama peranti Android akan dihasilkan dan mereka sedang mencari pengguna untuk melakukan ujian awal.

DXO One versi Android hadir dengan sambungan secara USB-C. Ia dilengkapi sensor sebesar 20.2-Megapixel f/1.8. Ia mempunyai skrin sesentuh terbina untuk mengakses menu kawalan. Ketika dilancarkan dua tahun yang lalu, ia dijual pada $599 (~RM 2529) sebuah. Tidak diketahui sama ada harga ini akan dikekalkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd