Carian
Harga Bitcoin Melangkaui RM25,000 Buat Pertama Kali
October 21, 2017 Aman

Dunia kriptowang dan juga mata wang digital terus berkembang dengan positif pada tahun ini, dan mata wang digital paling popular, Bitcoin terus mencatatkan sejarah. Terkini, Bitcoin mencatatkan harga jualan melangkaui $6,000 (~RM25,332) buat pertama kalinya.

Dengan harga jualan baru ini, ia sekaligus mencatatkan peningkatan hampir 500% berbanding setahun yang lepas. Secara keseluruhan, pasaran Bitcoi kini bernilai sekitar $100 bilion.

Di Malaysia sendiri, pihak Bank Negara Malaysia masih tidak mengiktiraf Bitcoin – dan segala pelaburan dan pembelian Bitcoin adalah atas tanggungjawab pembeli. Walaubagaimanapun, Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan garis panduan berkaitan arena kriptowang ini tidak lama lagi.

Komen