Ratusan Ribu Stok Snapchat Spectacles Dilaporkan Masih Belum Terjual Oleh Snap

Ratusan Ribu Stok Snapchat Spectacles Dilaporkan Masih Belum Terjual Oleh Snap

Diterbitkan pada Okt 24, 2017 oleh .

Peranti boleh pakai ialah buzzword yang digunakan oleh pengeluar dua tahun yang lalu. Ramai merasakan selepas peranti pintar, peranti boleh pakai akan menjadi trend terhangat pasaran. Selain jam tangan pintar, cermin mata pintar Snapchat Spectacles telah dihasilkan dan pada awalnya menerima sambutan luar biasa. Amat sukar untuk memiliki Spectacles kerana ia dijual dalam jumlah yang terhad.

Laporan dari The Information hari ini mendakwa kini Snap Inc mempunyai “ratusan ribu” stok Spectacles yang masih belum terjual. Mereka menghasilkan lebih banyak Spectacles kerana menjangka jualan akan meningkat selepas jualan awal yang luar biasa. Kini mereka menghadapi masalah menjual stok terkumpul kerana kekurangan sambutan. Even Spiegel sebelum ini mengatakan sebanyak 150,000 Spectacles telah terjual dan ini adalah memuaskan kerana setanding dengan jualan iPod generasi pertama.

Di Malaysia setakat ini kami tidak pernah lagi melihat individu memakai Spectacles. Malahan ketika melawat New York Ogos lalu kami turut tidak melihat seorangpun memakainya. Mungkin cermin mata pintar masih belum dianggap perlu oleh pengguna.


TIPS & ULASAN