Semalam kami melaporkan masalah tunskarin (burn-in) yang berlaku pada Google Pixel 2 XL. Masalah tersebut cukup serius sehingga Google dengan pantas mengeluarkan kenyataan dan lama teknologi menarik markah ulasan akhir sehingga ia diselesaikan. Google Pixel 2 tidak terlepas dari masalah dan pengguna melaporkan bunyi bising yang keluar dari peranti.
Bunyi bernada tinggi dan kelik seperti jam analog kedengaran ketika peranti diletakkan di telinga. Setakat ini sekitar 100 pengguna melaporkan masalah yang sama di forum Google. Masalah ini walaubagaimanapun dapat diselesaikan dengan mematikan sistem NFC.
Spekulasi di kalangan pengguna ialah ini adalah masalah elektronik yang berkaitan dengan NFC. Masalah ini masih baru dan pihak Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.