Cari @ Amanz

2018 kelak nampaknya kita akan melihat sejumlah peranti dengan rekaan skrin boleh-lipat. Sebelum ini kita telah mendengar Samsung dan Huawei yang dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti dengan skrin boleh-lipat. Kini, menurut laporan baru, Microsoft turut dalam persiapan untuk memperkenalkan peranti dengan konsep lebih kurang sama.

Menurut Windows Central, Microsoft kini sedang membangunkan sebuah tablet yang boleh-dilipat, dikenali dengan nama kod “Andromeda”.

Peranti ini juga akan memfokuskan kepada integrasi input berasaskan pena – sekaligus menjadikannya berfungsi seumpama sebuah buku nota digital. Ia akan menggunakan sistem operasi Windows 10, membolehkan pengguna menggunakannya sebagai tablet, atau turut menggunakan bersama pena untuk mencatatkan nota atau membuat lakaran.

Memandangkan Microsoft sedia memfokuskan OneNote dan juga Windows Ink, maka ia akan diintegrasikan dan menjadi salah satu titik utama pada peranti ini kelak.

Peranti ini dijangka menggunakan cip ARM, sekaligus menawarkan masa penggunaan yang lama.

Info penuh mengenai peranti ini masih samar-samar lagi. Berkemungkinan kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd