Carian
Google Memperkenalkan Fast Pair Untuk Android – Tambatan Aksesori Bluetooth Pantas Seakan iOS
November 1, 2017 Effi Saharudin

Dengan AirPods, Apple mempermudahkan proses tambatan aksesori  bluetooth. Apabila peranti mengesan aksesori bluetooth, imejnya akan terpapar pada skrin dan pengguna hanya perlu menekan ikon untuk tambatan automatik. Penggunaan cip Apple W1 diperlukan bagi menggunakan sistem ini. Google semalam telah memperkenalkan Fast Pair dengan fungsi yang sama.

Fast Pair hanya memerlukan peranti yang menyokong Bluetooth Low Energy (BLE) dan aksesori yang berdaftar dengan Google. Fast Pair akan mengesan kewujudan aksesori bluetooth dan kemudian mencarinya di dalam pengekalan data peranti yang berdaftar. Imej aksesori akan terpapar pada peranti dan pengguna hanya perlu menekan ikon sekali untuk tambatan automatik.

Buat masa ini hanya Google Pixel Buds dan Libratone’s Q Adapt On-Ear disokong. Paling menarik mengenai Fast Pair ialah peranti hanya perlu dikemaskini menggunakan Google Play Services 11.7+ untuk menikmatinya. Ini bermakna ia menyokong peranti Android 6.0 dan ke atas tanpa keperluan cip khas seperti Apple W1.

 

Komen