Jobstreet Mengesahkan Informasi Akaun Pengguna Sebelum Julai 2012 Tertiris

Jobstreet Mengesahkan Informasi Akaun Pengguna Sebelum Julai 2012 Tertiris

Diterbitkan pada November 1, 2017 oleh .

Lanjutan daripada beberapa laporan sebelum ini, kini akhirnya pihak JobStreet telah menghantar emel kepada semua pengguna mereka, dan mengesahkan mengenai informasi pengguna yang tertiris dan diakses pihak ketiga.

JobStreet mengatakan informasi yang terkesan adalah untuk akaun yang dibuat sebelum Julai 2012 lepas. Akan selepasnya terselamat dan tidak terkesan dengan ketirisan ini.

JobStreet turut mengatakan yang mana mereka telah menetapkan semula kata laluan untuk semua pengguna pada Januari 2017 lepas – yang mana secara tidak langsung mengelakkan akaun pengguna daripada diakses menggunakan info yang tertiris ini.

Bagi anda yang ingin menyemak sama ada akaun anda terjejas ataupun sebaliknya, boleh menyemaknya melalui laman Have I Been Pwned.


TIPS & ULASAN