Carian
SKMM Telah Kenal Pasti Sumber-Sumber Kebocoran Data Melibatkan 46.2 Juta Rekod Pengguna
November 2, 2017 Aman

Salah satu topik hangat sejak seminggu dua ini adalah berkenaan dengan kebocoran data pengguna tempatan – yang melibatkan lebih 50 juta rekod pengguna tempatan, termasuk 46.2 juta rekod daripada syarikat telekomunikasi mudah-alih di Malaysia.

Bercakap mengenainya, SKMM kini dikatakan telah mengenal-pasti pihak yang disyaki yang mungkin menjadi punca kebocoran data peribadi berkenaan. Perkara ini dapat dicapai melalui perbincangan bersama pihak syarikat telekomunikasi baru-baru ini.

Siasatan berkaitan kebocoran data ini dijangka akan diselesaikan secepat mungkin tidak lama lagi. Mereka yang membocorkannya akan didakwa dibawah akta sedia ada.

Selain daripada data pengguna daripada syarikat telekomunikasi, data pengguna tempatan daripada JobStreet juga turut tertiris ke arena web, melibatkan hampir 4 juta rekod.

Sebelum ini, kebocoran ini telah dilaporkan terlebih dahulu oleh laman Lowyat.net, dimana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menjual hampir 50 juta rekod data pengguna tempatan – termasuk info lengkap seperti nama, alamat, emel, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Komen