Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple menunjukkan petanda akan menjadi semakin buruk. Qualcomm kini telah memfailkan saman baru terhadap Apple kerana dituduh berkongsi rahsia syarikat dengan pesaing mereka, Intel.
Di dalam writ saman yang difailkan, Apple dituduh berkongsi rahsia teknologi dalam betuk kod sumber kepada Intel. Kod sumber ini berkait rapat dengan teknologi modem yang dimiliki oleh Qualcomm. Apple turut dituduh enggan memberikan Qualcomm kebenaran mengaudit akses kepada perisian yang dikongsi bersama dan ini melanggar perjanjian yang telah dimeterai bersama sebelum ini.
Masalah yang berpanjangan ini dilaporkan mungkin memaksa Apple untuk tidak lagi menggunakan moden keluaran Qualcomm tahun hadapan. Mereka mungkin akan menggunakan cip modem dari Intel ataupun MediaTek. iPhone 8 dan X tahun ini menggunakan modem yang masih dikeluarkan oleh Qualcomm dan Intel.