Carian
Apple Dilaporkan Bercadang Menghentikan Penggunaan Komponen Qualcomm Dan Menggantikannya Dengan Intel Atau MediaTek
October 31, 2017 Effi Saharudin

Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple melibatkan sama bernilai berbilion dollar difailkan oleh kedua-dua pihak. Semuanya bermula setelah Apple menuduh Qualcomm meminta bayaran royalti pada harga tidak munasabah dan enggan menghentikan pembayaran. Qualcomm tidak mahu mengalah sehingga meminta jualan peranti mudah alih Apple dihalang jualannya.

Menurut laporan Wall Street Journal, ini telah memaksa Apple untuk tidak lagi menggunakan cip LTE buatan Qualcomm pada kesemua produk keluaran 2018 mereka. Laporan yang sama mengatakan Qualcomm menghentikan perkongsian perisian untuk menguji modem bersama Apple. Namun menurut mereka juga perisian untuk menguji cip untuk generasi seterusnya telahpun diuji dan dikongsi bersama Apple.

Penggunaan cip LTE berbeza telahpun dilakukan oleh Apple sebelum ini. Di iPhone 8 dan 8 Plus, modem keluaran Qualcomm dan Intel digunakan bergantung kepada syarikat telekomunikasi berbeza. Jika Apple menghentikan penggunaan cip LTE Qualcomm, mereka mungkin akan bergantung kepada cip keluaran Intel atau MediaTek.

Komen