Cari @ Amanz

Apple tidak meletakkan spesifikasi saiz bateri yang digunakan pada iPhone dan iPad. Ia hanya diketahui apabila peranti memasuki lama pensijilan seperti TENAA di China. Pada iPhone X sudah diketahui ia dilengkapi bateri sebesar 2716 mAh. Saiz ini harus diakui agak aneh tetapi misteri akhirnya terungkai setelah sebuah video iPhone X dibuka muncul ke arena web.

iPhone X didapati menggunakan dua biji bateri yang disusun dalam bentuk L. Ini ialah kali pertama iPhone dilengkapi dua bateri. Sebelum ini Apple telah menyusun beberapa sel bateri secara bertingkat di dalam MacBook 12″. Susuan bateri yang tidak konvensional di dalam iPhone X ini adalah kerana keperluan memasukkan sebanyak mungkin komponen ke dalam kerangka yang kecil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd