Pengguna Melaporkan Menerima Google Pixel 2 XL Tanpa Sistem Operasi

Pengguna Melaporkan Menerima Google Pixel 2 XL Tanpa Sistem Operasi

Diterbitkan pada November 3, 2017 oleh .

Pelancaran Google Pixel 2 XL mengalami pelbagai ujian. Sehari selepas dilancarkan terdapat laporan masalah tunaskrin dan warna yang kurang menyerlah. Kedua-dua masalah ini dikatakan akan diselesaikan dengan kemaskini perisian. Hari ini sebuah lagi masalah yang serius dilaporkan beberapa pengguna yang memesan Google Pixel 2 XL.

Mereka melaporkan peranti yang diterima tidak mempunyai sistem operasi. Akibatnya peranti tidak boleh dihidupkan dan hanya memaparkan mesej ia tidak dapat mengesan sistem operasi. Pihak Google segera mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini telah diselesaikan. Tetapi amat memalukan sebuah peranti premium dari syarikat ternama boleh tiba di tangan pengguna tanpa sistem operasi.


TIPS & ULASAN