Carian
Set Import iPhone X Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga Mencapai RM10k
November 3, 2017 Aman

iPhone X adalah telefon berspesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding iPhone 8 daripada Apple. Bermula minggu ini, telefon pintar ini telah ditawarkan di beberapa buah negara – termasuk di negara jiran kita, Singapura.

Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan bilakah iPhone X akan ditawarkan di Malaysia, namun pengeluar peranti terkemuka berkenaan telah mengumumkan harga jualan tempatan untuk iPhone X.

iPhone X berharga RM5149 untuk versi 64GB di Malaysia, dan berharga RM5899 untuk versi 256GB di Malaysia.

Walaupun Apple telah mengumumkan harga jualan rasminya, tetapi ia tidak menghentikan penjual peranti daripada mengimport set dari Singapura dan beberapa negara lain, dan menjualnya di Malaysia. Terdapat beberapa penjual yang telah mula menawarkannya pada harga sekitar RM7k ke RM8k, malah ada yang kami lihat menawarkannya pada harga mencapai RM10k.

Seperti biasa, bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkannya, mungkin boleh ke Singapura untuk membeli pada sekitar harga jualan Malaysia – atau membayar sedikit premium untuk mendapatkannya daripada penjual yang menawarkan set import. Atau alternatif lain yang turut ada, ialah menantikan set rasmi Apple iPhone X hadir ke Malaysia mungkin dalam beberapa minggu lagi.

Komen