Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, kini ia dilihat pihak Broadcom telah menawarkan Qualcomm untuk membeli setiap saham pada nilai $70 sesaham – membawa nilai keseluruhan Qualcomm pada harga mencapai $103 bilion.
Broadcom merupakan salah satu syarikat semikonduktor yang terkenal dengan penawaran cip berkaitan rangkaian, WiFi, dan sebagainya. Pengambil-alihan Qualcomm akan memberikan mereka lebih pelbagai portfolio produk – disamping terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena semikonduktor. Langkah ini juga akan meletakkan Broadcom sebagai pembekal cip komunikasi tanpa wayar terbesar di dunia.
Seperti biasa, kini ia tertakluk kepada Qualcomm sama ada menerimanya atau sebaliknya. Beberapa desas-desus mengatakan Qualcomm mungkin inginkan harga tawaran yang lebih tinggi untuk pengambil-alihan ini.
Sekiranya mereka bersetuju untuk pengambil-alihan ini, maka ia akan menjadi salah satu pengambil-alihan terbesar dalam arena teknologi sehingga kini.