Skrin iPhone X Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Skrin iPhone X Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Diterbitkan pada November 7, 2017 oleh .

Pada Ogos yang lalu, skrin Samsung Galaxy Note 8 telah ditabalkan sebagai yang terbaik pada peranti pintar menurut ujian DisplayMate. Takhta ini telah dirampas oleh iPhone X setelah DisplayMate melakukan ujian terbaru mereka.

Skrin OLED yang digunakan walaupun dihasilkan oleh Samsung tetapi mengikut rekaan yang diberikan oleh Apple. Keterangan purata skrin iPhone X ialah 625 nits berbanding 423 nits pada Samsung Galaxy Note 8. Skrin Note 8 boleh mencecah tahap keterangan maksimum 1240 nits berbanding 804 nits pada iPhone X. Menurut DisplayMate keterangan purata adalah lebih penting bagi paparan imej yang sekata.

Teknologi Diamond Sub-Pixels yang digunakan oleh Apple menyebabkan paparan yang bukan sahaja lebih terang tetapi apabila digabungkan dengan teknologi True Tone memaparkan warna yang lebih tepat.

Tahun ini Apple menggandakan usaha mereka dan hasilnya ialah kemampuan kamera dan skrin yang menerima pujian ramai. Oleh sebab itulah harga jualan iPhone X lebih tinggi dari biasa.


TIPS & ULASAN