Raja Koduri Bakal Memasuki Intel Sebagai SVP Core And Visual Computing

Raja Koduri Bakal Memasuki Intel Sebagai SVP Core And Visual Computing

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Sambungan kepada laporan semalam dimana Raja Koduri, bekas ketua Radeon Technologies Group meninggalkan AMD, nampaknya destinasi beliau yang seterusnya sudahpun diketahui, dan syarikat tersebut ialah Intel.

Menurut laporan VentureBeat, Raja Koduri akan memasuki Intel sebagai Ketua Arkitek dan juga SVP (Senior Vice President) bahagian Core and Visual Computing (CVC) Intel pada bulan Disember kelak. Intel juga berkata bahawa beliau akan membantu membawa teknologi-teknologi seperti edge-computing dan kecerdasan buatan ke peranti pengguna, dan bukan sahaja untuk mesin pelayan.

Kehadiran beliau mungkin juga untuk membantu syarikat Intel mempercepatkan lagi projek gabungan CPU dan GPU Intel dan AMD yang baru sahaja dimeterai.

Menariknya, pihak AMD berkata mereka tidak terlalu risau mengenai jawatan baru beliau di AMD. Akan tetapi, jika pihak Intel dilihat meniru IP syarikat tersebut, mereka tidak akan teragak-agak untuk melindunginya.

Bagi kami, ini adalah berita yang cukup menarik sekali kerana Intel dan AMD boleh dikatakan pesaing yang kuat di arena pembuatan cip ini, dan Raja Koduri boleh dikatakan orang utama yang menaikkan nama AMD melalui CPU Ryzen dan kad grafik AMD RX Vega tahun ini.

Mungkin dengan pengambilan ini, tidak lama lagi kita akan dapat melihat kad grafik khusus daripada pihak Intel.


TIPS & ULASAN