Twitter baru sahaja mengaktifkan had 280 aksara kepada semua pengguna dua hari yang lalu kerana menyedari had 140 aksara selama ini adalah terlalu pendek. Hari ini sebuah fungsi digantung sementara selepas menimbulkan kontroversi.
Verification was meant to authenticate identity & voice but it is interpreted as an endorsement or an indicator of importance. We recognize that we have created this confusion and need to resolve it. We have paused all general verifications while we work and will report back soon
— Twitter Support (@TwitterSupport) November 9, 2017
Sistem pengesahan akaun Verified telah digantung sementara kerana dikritik hebat setelah akaun pengguna yang rasis disahkan oleh mereka. Akaun disahkan bagi menunjukkan ia benar-benar adalah milik insan yang dipaparkan. Namun apabila akaun pengguna yang berfahaman rasis disahkan, ia dikatakan adalah seperti memberikan pengiktirafan terhadap ideologi berhaluan kanan ini.