Takuk pada atas skrin iPhone X tidak dapat dielakkan kerana penggunaan Face ID. Tetapi bagi kebanyakan pengguna kewujudan takuk yang ketara ini tidak mendatangkan masalah. Bagi yang merasakan ia mengganggu antaramuka, aplikasi Notcho telah dihasilkan.
Aplikasi ini memberikan pilihan gambar latar belakang yang direka khas untuk menyorokkan takuk Face ID. Pengguna juga boleh memuat naik gambar yang ingin digunakan sebagai latar belakang pada aplikasi ini. Notcho hanya berfungsi pada muka hadapan iPhone X, Apabila aplikasi lain dibuka masalah aplikasi yang tidak dioptimasikan untuk iPhone X masih akan kelihatan. Bagi pengguna Android pula sekiranya anda mahu mempunyai takuk seakan iPhone X, aplikasi XOutOf10 boleh digunakan.
- Muat turun aplikasi Notcho dari Apple App Store