Acer Tawar Perkhidmatan Baik-Pulih Peranti Yang Terjejas Banjir Di Pulau Pinang

Acer Tawar Perkhidmatan Baik-Pulih Peranti Yang Terjejas Banjir Di Pulau Pinang

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Selepas Samsung Malaysia umumkan penawaran mereka semalam, hari ini Acer Malaysia turut telah mengumumkan yang mana mereka turut menyediakan sedikit penawaran khusus untuk pengguna Acer di Pulau Pinang.

Acer Penang Banjir

Bagi anda yang menggunakan peranti Acer dan terjejas dengan banjir baru-baru ini, anda boleh membawa peranti anda ke Highpoint Service Network di Bayan Baru, Pulau Pinang untuk semakan sekiranya menghadapi masalah.

Jika peranti Acer berkenaan boleh dibaik-pulih, maka Acer Malaysia akan tanggung kos upah dan pengguna hanya perlu membayar kos untuk pembelian peralatan atau perkakasan yang perlu diganti sahaja.

Sekiranya peranti Acer anda tidak boleh dibaik-pulih, maka Acer akan menawarkan diskaun sehingga 15% untuk beberapa model terpilih untuk beli.

Acer Malaysia menyediakan penawaran ini sehingga 31 Disember 2017 kelak.


TIPS & ULASAN