Penawaran Pakej Bonanza Untuk “Streamyx” Dilihat Telah Ditamatkan

Penawaran Pakej Bonanza Untuk “Streamyx” Dilihat Telah Ditamatkan

Diterbitkan pada November 10, 2017 oleh .

Sekiranya anda mengikuti pelbagai promosi yang disediakan untuk Unifi dan Streamyx, mungkin anda sedia maklum akan yang mana beberapa pengedar telah mula mempromosikan pakej Unifi Bonanza dan Streamyx Bonanza sejak seminggu yang lepas.

Pakej yang pada mulanya dipasarkan oleh para pengedar untuk penawaran sehingga penghujung tahun kini dilihat telah ditamatkan. Apakah sebab disebaliknya tidak diketahui lagi. Pihak khidmat pelanggan Telekom Malaysia dilihat turut mengesahkan perkara ini melalui panel pertanyaan mereka di web.

Sebelum ini, melalui pakej yang dipanggil Bonanza untuk Streamyx, pengedar Telekom Malaysia menawarkan pakej pada harga bermula RM68 untuk 1Mbps, dan ia meningkat sehingga kepada RM89 untuk 8Mbps.

Pihak Telekom Malaysia sendiri tidak mengumumkan penawaran ini secara rasminya sehingga kini – membuatkan ia tertakluk kepada pelbagai perubahan pada bila-bila masa. Walaupun pakej Streamyx dibawah Bonanza ini dilihat telah ditamatkan penawaran oleh para pengedar rasmi TM, namun penawaran untuk Unifi dibawah pakej Bonanza masih diteruskan oleh sejumlah pengedar Telekom Malaysia.

Kami sendiri telah bertanyakan kepada pihak Telekom Malaysia berkenaan penawaran ini, dan tiada sebarang komen rasmi yang diterima buat masa ini.


TIPS & ULASAN