Alibaba Menjana Jualan Bernilai Lebih RM100 Bilion Pada 11.11

Alibaba Menjana Jualan Bernilai Lebih RM100 Bilion Pada 11.11

Diterbitkan pada November 12, 2017 oleh .

Alibaba semalam telah mengadakan jualan tahunan mereka bersempena tarikh 11.11 yang turut dikenali sebagai Singles Day. Selepas berjaya menjana lebih $1 bilion dalam masa kurang tiga minit, kini mereka berkongsi angka jualan keseluruhan selama 24 jam pada 11.11.

Menurut Alibaba, mereka telah menjana $25.3 bilion sepanjang 24 jam lepas, iaitu sekitar RM105.9 bilion mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Angka untuk tahun ini dilihat memperlihatkan peningkatan sebanyak hampir 40% berbanding jualan pada tahun lepas. Menurut Alibaba juga, sebanyak hampir 90% jualan berlaku pada peranti mudah-alih.

Angka jualan yang tinggi ini sekaligus meletakkan 11.11 sebagai festival jual-beli terbesar di dunia buat masa ini.

Selain di China, festival berkenaan juga telah mula dipopularkan di rantau Asia Tenggara, apatah lagi memandangkan Alibaba sendiri melabur dan mempunyai pegangan pada laman e-dagang seperti Lazada dan lain-lain.

Bagi anda sendiri, berapakah anda belanjakan di laman e-dagang tempatan sepanjag 11.11 semalam?


TIPS & ULASAN