Sistem Pengimbas Face ID Pada iPhone X Telah Berjaya Dipintas

Sistem Pengimbas Face ID Pada iPhone X Telah Berjaya Dipintas

Diterbitkan pada November 13, 2017 oleh .

Sistem Face ID ialah pertaruhan berani mati Apple setelah ia menggantikan sepenuhnya sistem imbasan Touch ID pada iPhone X. Menurut Apple sistem Face ID adalah lebih sukar dipintas berbanding Touch ID. Sistem yang selamat ini walaubagaimanapun telah berjaya dipintas oleh firma sekuriti Bkav yang berpangkalan di Vietnam.

Topeng yang dihasilkan menggunakan cetakan tiga dimensi, gambar wajah pemilik dan hidung yang diperbuat daripada silikon digunakan untuk memintas Face ID pada sebuah iPhone X. Ini menurut Bkav membuktikan sistem imbasan Face ID masih belum matang untuk digunakan sebagai sistem sekuriti. Sebelum ini Bkav juga pernah memintas sistem imbasan wajah yang digunakan pada komputer riba. Pihak Apple masih belum memberikan kenyataan mengenai isu ini.

Sistem imbasan wajah mempunyai sejarah dipintas firma keselamatan. Sebelum ini pengimbas iris pada Galaxy S8 telah dipintas Chaos Computer Club menggunakan gambar infra merah dan kanta lekap.

Sumber BKAV melalui Apple Insider


TIPS & ULASAN