Maxis Hadir Dengan Promosi Akhir Tahun – 10Mbps Untuk RM119, 30Mbps Untuk RM139

Maxis Hadir Dengan Promosi Akhir Tahun – 10Mbps Untuk RM119, 30Mbps Untuk RM139

Diterbitkan pada November 14, 2017 oleh .

Selain daripada Unifi Bonanza, kini Maxis turut hadir dengan penawaran hujung tahun mereka tersendiri yang menawarkan pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada harga yang sangat kompetitif.

Kini, Maxis menawarkan diskaun untuk dua pakej mereka, dimana pengguna boleh mendaftar akaun MaxisONE Home 10Mbps pada harga RM119 sebulan (berbanding kebiasaan RM139), dan juga MaxisONE Home 30Mbps pada harga RM139 sebulan (berbanding RM179).

Maxis Year End Promo

Selain penawaran akses kepada internet, pengguna juga ditawarkan dengan panggilan suara untuk semua talian dalam negara tanpa had secara percuma.

Maxis mengatakan harga promosi ini sah untuk tempoh kontrak selama 24 bulan, dan selepas itu, harga akan berubah seperti biasa.

Maxis Year End Promo

Untuk pendaftaran pula, Maxis membuka pendaftaran pakej promosi ini untuk pelanggan baru untuk pakej 10Mbps, sementara pakej 30Mbps dibuka untuk pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada MaxisONE Home yang telah tamat kontrak 2 tahun mereka.

Promosi ini ditawarkan oleh Maxis daripada hari ini sehingga 31 Disember 2017 kelak. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Maxis hari ini, dan mungkin boleh melakukan peralihan ke pakej ini untuk menikmati penjimatan.

Layari : MaxisONE Home


TIPS & ULASAN