Bank Negara Memberi Kebenaran Untuk Syarikat Usahasama Touch ‘n Go dan Alipay

Bank Negara Memberi Kebenaran Untuk Syarikat Usahasama Touch ‘n Go dan Alipay

Diterbitkan pada November 15, 2017 oleh .

Touch ‘n Go dan Alipay telah sedia mengumumkan kerjasama sebelum ini untuk hadir dengan platform kewangan digital. Kini, akhirnya syarikat usahasama kedua-dua syarikat berkenaan telah pun menerima pengesahan daripada Bank Negara Malaysia, dan ia bakal dikenali dengan nama TNG Digital.

Touch ‘n Go mempunyai pegangan majoriti pada TNG Digital ini, sementara Alipay mempunyai pegangan minoriti.

Melalui syarikat baru TNG Digital, ia akan memfokuskan kepada menyediakan kemudahan platform pembayaran dan penerimaan mudah-alih secara digital, selain turut menyokong infrastruktur pembayaran digital yang selamat. Alipay akan membantu Touch ‘n Go dalam pembangunan serta teknologi disebalik e-dompet ini, sementara Touch ‘n Go akan bekerjasama dengan sejumlah bank tempatan dalam memudahkan penambahan wang ke e-dompet ini, serta beberapa perkara yang lain.

Dengan masyarakat ke arah nirtunai, TNG Digital dijangka akan memainkan salah satu peranan utama dalam mempopularkannya dikalangan pengguna tempatan. Selain Touch ‘n Go, beberapa syarikat lain turut telah mengumumkan inisiatif mereka dalam mempopularkan arena nirtunai ini.

Kita mungkin akan dapat melihat penawaran awal daripada TNG Digital ini seawal 2018 kelak.


TIPS & ULASAN