Cari @ Amanz

Robot akan mengambil alih tugas manusia dalam masa terdekat. Mereka boleh bekerja tanpa rehat, berhenti makan dan tidak menggunakan media sosial ketika waktu kerja. Yang menghalang robot dari “mencuri” kerja manusia ialah limitasi kemampuan mereka. Versi terkini Atlas oleh Boston Dynamics kini hadir dengan kemampuan baru yang menakjubkan.

Robot dua kaki ini boleh melompat, melompat sambil berpusing dan paling menarik sekali ialah melakukan balik kuang seperti seorang ahli gimnastik. Kemampuan melakukan aksi seakan manusia ini ia sebuah laju kejayaan syarikat robot yang kini dimiliki oleh Softbank selepas dijual oleh Alphabet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd