Cari @ Amanz

Boston Dynamics ialah syarikat yang pada hemat kami paling hampir kepada syarikat fiksyen Cyberdyne Systems di dunia sebenar. Mereka menghasilkan robot Big Dog untuk kegunaan tentera dan Handle yang melompat ke udara. Anak syarikat Alphabet ini telah berpindah tangan ke Softbank semalam.

Penjualan Boston Dynamics kepada Softbank telah didengari sejak tahun lalu. Tiada maklumat mengenai harga jualan diumumkan oleh pihak yang terlibat. Ini ialah pembelian besar yang kedua dilakukan oleh Softbank dalam masa dua belas bulan. Julai tahun lalu Softbank mengambil alih ARM pada harga mencecah RM 127 Billion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd