Carian
Line Akan Menawarkan Ciri Memadam Mesej Yang Tersilap Hantar Bermula Disember
November 17, 2017 Effi Saharudin

Fungsi memadamkan mesej yang tersilap hantar mula diaktifkan di WhatsApp penghujung bulan lalu. Ini akan menyelesaikan masalah tersalah hantar mesej yang boleh menimbulkan kesipuan yang besar sehingga tular ke media sosial. Aplikasi pemesejan Line juga bakal memberikan fungsi yang sama bermula bulan Disember ini.

Mesej tersilap hantar boleh dipadam di dalam tempoh 24 jam. In berbeza dengan WhatsApp yang memberikan masa hanya 7 minit. Bagi menyedarkan pengguna tentang fungsi baru ini, pihak Line mengadakan kempen untuk pengguna di Jepun berkongsi cerita insiden mesej tersalah hantar mereka. Mereka kemudian berpeluang menerima hadiah misteri dan 10,000 Line Points. Masih adalah pembaca Amanz yang masih menggunakan Line?

Komen