OnePlus 5T Akan Menerima Kemaskini Ke Android Oreo Pada Awal 2018

OnePlus 5T Akan Menerima Kemaskini Ke Android Oreo Pada Awal 2018

Diterbitkan pada November 18, 2017 oleh .

Salah satu perkara yang mengecewakan mengenai OnePlus 5T ialah ia dilancarkan dengan menggunakan Android 7.1.1 Ini sebenarnya sukar untuk dimaafkan bagi sebuah peranti utama yang mula dijual pada bulan November. Pihak OnePlus walaubagaimanapun sudah mengesahkan kemaskini ke Android Oreo akan hadir pada peranti nirbingkai ini pada awal 2018.

OnePlus 5T

OnePlus 5T ialah model kemaskini kepada OnePlus 5 yang dilengkapi skrin 6″ Optic AMOLED FHD+, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 6/8 GB, storan 64/128GB, kamera utama 16+20 Megapixel, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 3300 mAh. Dengan harga jualan bermula dari $499 (~RM 2074) sebuah, ia adalah antara peranti utama yang mampu milik dilancarkan sepanjang 2017.


TIPS & ULASAN