Cari @ Amanz

Pada bulan Julai yang lalu, kamera Leica TL2 dilancarkan. Ia sebuah kamera digital tanpa cermin yang menggunakan sistem APS-C. Rekaan TL2 adalah moden yang amat berlainan dengan rekaan tradisi Leica. Bagi yang mahukan kamera digital Leica moden dengan rekaan lebih klasik, Leica CL baru sahaja dilancarkan.

Leica CL dilengkapi sensor 24-Megapixel APS-C dengan pemproses imej Maestro II. Sistem pengatup elektronik yang digunakan mampu mengambil gambar sehingga 10 FPS. Kemampuan merakam video pula ialah 4K 30FPS, 1080P 60FPS dan 1080P 30FPS.

Terdapat 49 titik memfokus pada kamera ini dengan viewfinder EyeRes yang mempunyai masa pendam yang rendah. Skrin sesentuh 3″ TFT LCD pada panel belakang memudahkan navigasi dan melihat gambar yang diambil.

Terdapat sokongan WiFi dan USB 3.0 bagi memudahkan pemindahan gambar dengan pantas. Leica CL akan mula dijual penghujung bulan ini pada harga bermula dari $2,795 (~RM 11550) sebuah tanpa lensa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd