Cari @ Amanz

Project Treble ialah usaha Google untuk mempermudahkan proses kemaskini perisian Android di masa hadapan. Melalui Project Treble, Google akan menawarkan versi terkini Android dan komponen tambahan seperti antaramuka pengeluar boleh ditambah kemudian. Sebelum ini keseluruhan versi Android terkini perlu diubahsuai terlebih dahulu dengan antaramuka pengeluar. Ini adalah sebab utama mengapa banyak peranti lewat menerima kemaskini.

Walaupun Project Treble akan mempercepatkan proses kemaskini, OnePlus telah mengesahkan ia tidak akan disokong oleh OnePlus 5 dan OnePlus 5T menerusi forum rasmi mereka.. Mereka juga tiada perancangan untuk menyokongnya buat masa ini. OnePlus 5T telah disahkan akan menerima Oreo awal tahun hadapan kerana masih menggunakan Nougat sugguhpun dilancarkan pada bulan November.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd