Terdapat sebilangan kecil pengguna yang masih lebih selesa menggunakan peranti dengan skrin sebesar 4″. Di pasaran sekarang tidak terdapat banyak peranti utama dengan skrin sebesar ini kerana rata-ratanya mempunyai skrin sebesar 5.5″ dan ke atas. Kekosongan ini diisi oleh iPhone SE yang dilancarkan pada tahun Mac 2016.
Peranti ini sudah agak berusia dan kini kedengaran ura-ura iPhone SE 2 akan dilancarkan awal tahun hadapan. Menurut laporan Economic Daily News , iPhone SE 2 akan dihasilkan sepenuhnya di Bengaluru India. Ini ialah kilang terkini Apple yang dibuka awal tahun ini bagi menghasilkan iPhone untuk pasaran India.
Antara ura-ura lain yang didengari ialah iPhone SE 2 akan mengekalkan skrin 4″, dijana pemproses A10 Fusion, memori 2GB RAM, storan 32/128GB. kamera utama 12-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapxiel dan bateri sebesar 1,700 mAh.