Carian
Custom Notch – Aplikasi Yang Membolehkan Kustomasi Rekaan Takuk Skrin iPhone X
November 23, 2017 Effi Saharudin

Apple iPhone X akan dilancarkan di Malaysia minggu ini dan dijangka sambutannya lebih meriah berbanding iPhone 8. Bagi sebilangan pengguna takuk pada bahagian atas skrin yang meletakkan sistem Face ID mencacatkan rupa peranti. Oleh itu pelbagai aplikasi telah dihasilkan untuk “menyorokkannya” dari skrin.

Custom Notch ialah sebuah lagi aplikasi yang direka untuk mereka yang benci dengan rekaan takuk skrin. Dengan aplikasi ini anda boleh memilih 20 rekaan terbina seperti telinga beruang atau rekaan rata seperti pada Pixel 2. Seperti aplikasi Notcho sebelum ini, ia hanya berfungsi sebagai pereka gambar latar belakang. Apabila aplikasi dilancarkan, takuk skrin akan kembali seperti biasa. Bagi yang berminat Custom Notch boleh dibeli pada harga RM 0.90.

Komen