Cari @ Amanz

Meizu telah menawarkan Meizu Pro 7 di Malaysia sejak pertengahan September yang lepas, dimana ia ditawarkan pada harga RM1899 ketika pengenalan. Tetapi, kini, selang dua bulan, Meizu Malaysia mengemaskini harga jualannya – dan kini ia ditawarkan pada harga RM1499.

Meizu Pro 7

Meizu Pro 7 hadir dengan skrin 5.5-inci SAMOLED, dijana menggunakan cip MediaTek Helio X30, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia menggunakan skrin kedua dibelakang yang memudahkan pengguna untuk menyemak notifikasi dan beberapa perkara asas dengan mudah. Pengguna juga turut boleh menggunakan skrin sekunder berkenaan untuk rakaman gambar selfie menggunakan kamera belakang.

Bercakap mengenai rakaman gambar, Meizu Pro 7 menggunakan dwi-kamera 12-megapixel di belakang, dan kamera hadapan 16-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak peranti ini daripada pengedar rasmi Meizu pada harga RM1499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd