Awal bulan yang lalu, Oppo F5 telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi dengan sistem swafoto berkecerdasan buatan. Hanya model dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 32GB. Bagi yang menantikan versi dengan memori lebih besar, Oppo Malaysia mengesahkan ia akan hadir dalam masa terdekat.
Imej acah Oppo F5 6GB Red Edition telah mula diperlihatkan. Tarikh sebenar masih dirahsiakan. Di pasaran luar Malaysia, Oppo F5 6GB turut dipertingkatkan dengan storan sebesar 64GB berbanding 32GB pada model asas. Harga jualannya juga pasti lebih tinggi berbanding RM 1298.
Spesifikasi lain ialah skrin 6″ FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P23, kamera utama sebesar 16-Megapixel f/1.8, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3200 mAh.