Cari @ Amanz

Apple sering memfailkan pelbagai teknologi dan perkara baru – supaya membolehkan mereka mengintegrasikan (atau tidak) pada produk akan datang mereka. Terkini, syarikat gergasi perkomputeran berkenaan telah memfailkan paten untuk peranti dengan skrin boleh-lipat.

Apple Paten Lipat

Daripada paten yang difailkan, mereka menerangkan yang mana skrin berkenaan berfungsi seumpama “buku” – membolehkan ia dibuka dan ditutup.

Buat masa ini, ia hanya sekadar paten sahaja, dan tidak diketahui sama ada produk menggunakannya akan dihasilkan atau sebaliknya.

Bercakap mengenai penggunaan konsep lebih kurang sama, beberapa pengeluar telah mengatakan sebelum ini mereka akan hadir dengan peranti seumpamanya – termasuk Lenovo yang mempertontonkan sebuah tablet yang boleh dilipat dan dijadikan telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd