Carian
DCA Tampil Menjelaskan Isu Lesen Penerbangan Dan Yuran Tahunan Penggunaan Dron
November 24, 2017 Effi Saharudin

Semalam kami melaporkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bakal mengetatkan undang-undang untuk menerbangkan dron di Malaysia. Menurut laporan yang dipetik dari akhbar The Star, terdapat perancangan mengenakan yuran pendaftaran dron RM800 sekali, dan pembaharuan permit setiap tahun untuk RM500.

Pihak DCA hari ini tampil dengan kenyataan rasmi bagi menjelaskan isu ini. Mereka menyangkal sama sekali laporan The Star. Sebaliknya menegaskan sesiapa sahaja boleh menerbangkan dron tanpa kelulusan DCA asalkan ia tidak melebihi berat 20 kilogram. Yuran pendaftaran dan tahunan juga tidak akan dikenakan. Sebaliknya bayaran hanya akan dikenakan kepada penerbangan dron yang melakukan tugas-tugas khusus sahaja.

Pada masa yang sama mereka mengesahkan memang terdapat zon larangan penerbangan dron di dalam ruang udara kelas A,B,C, G dan lapangan udara. Dengan kenyataan rasmi ini diharap tiada lagi kekeliruan berkenaan bayaran serta kebenaran dron oleh pengguna biasa.

Komen