Telekom Malaysia Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan Dompet Digital Tersendiri

Telekom Malaysia Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan Dompet Digital Tersendiri

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Perkembangan teknologi turut memberikan kesan positif untuk arena kewangan. Sejumlah syarikat telah sedia memperkenalkan dompet digital mereka tersendiri dalam usaha memudahkan transaksi nirtunai dilakukan – termasuk kerajaan negeri Sarawak yang turut hadir dengan Sarawak Pay.

Terkini, Telekom Malaysia turut dilihat ingin menceburi arena berkenaan.

Melalui iklan yang dikeluarkan oleh TM baru-baru ini, mereka dilihat sedang mencari informasi daripada para pembekal untuk sebuah produk baru yang dinamakan TM Digital Wallet.

TM inginkan pembekal yang boleh menyediakan perkhidmatan pembayaran dompet digital menyeluruh, serta pernah mengimplementasi produk mereka dan mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Info penuh mengenai dompet digital daripada Telekom Malaysia ini masih tidak diketahui sepenuhnya, dan boleh dikatakan ia masih pada peringkat yang sangat awal dalam fasa pembangunan.

Selain TM, terdapat beberapa syarikat lain yang turut memfokuskan arena dompet digital, termasuk Boost dari Axiata, dan juga Digi melalui vCash.


TIPS & ULASAN