Carian
Sistem Pengimbas Wajah Huawei Dikatakan 10 Kali Ganda Lebih Tepat Berbanding Face ID
November 30, 2017 Effi Saharudin

Semasa pelancaran Honor V10 semalam, pihak Huawei menunjukkan sistem imbasan wajah mereka yang cuba menandingi sistem Face ID keluaran Apple. Tidak banyak maklumat mengenainya diketahui semalam. Hari ini spesifikasi dan kemampuan sistem imbasan wajah ini akhirnya diketahui.

Pertama sekali sistem Huawei memancarkan 300,000 titik pada wajah pengguna bagi menghasilkan peta tiga dimensi. Ini adalah sepuluh kali ganda lebih banyak berbanding 30,000 yang ditemui pada Face ID. Menurut Huawei juga, masa diambil untuk mengesan wajah ialah 400 ms sahaja. Kamera hadapan sistem ini juga menggunakan kamera dengan resolusi lebih tinggi.

Selain digunakan untuk menyahkunci peranti, sistem seakan Animoji juga akan disokong. Kerana terdapat lebih bayak titik pada wajah yang diimbas, pergerakan wajah Animoji Huawei adalah lebih terperinci. Huawei juga mendedahkan akan menyertakan sistem LIDAR pada kamera peranti bagi membolehkannya mengimbas objek secara 3D untuk kegunaan aplikasi AR. Ini menjadikannya peranti kedua selepas Sony Xperia XZ1 yang mempunyai kemampuan imbasan 3D.

Komen