Cari @ Amanz

Niantic merupakan salah satu syarikat yang sedia hadir dengan permainan Ingress beberapa tahun lepas, dan turut telah membangunkan permainan popular Pokemon Go sebelum ini. Niantic turut sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah permainan bertemakan Harry Potter.

Kini mereka turut mengumumkan sebuah lagi permainan akan datang mereka dan juga penambah-baikkan kepada Ingress sebelum ini, iaitu Ingress Prime.

Ingress Prime dikatakan akan menggunakan sejumlah ciri-ciri daripada platform yang menjana Pokemon Go. Selain daripada itu, ia juga akan menggunakan platform AR seperti ARKit daripada Apple serta ARCore daripada Google untuk pengalaman realiti-gabungan (augmented reality) yang lebih baik.

Ingress Prime juga dikatakan akan lebih mesra pemain baru berbanding Ingress sebelum ini yang hanya popular dikalangan segelintir pemain sahaja.

Halaman Ingress Prime kini telah pun aktif, dan bagi anda yang berminat boleh mendaftarkan minat di laman rasmi Ingress Prime hari ini untuk menerima maklumat terkini mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd