Waze telah memperkenalkan mod navigasi untuk motosikal pada minggu lepas, dan kini nampaknya Google Maps turut sedang menguji ciri lebih kurang sama dan mungkin diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.
Melalui mod khusus untuk motosikal, ia mengoptimasikan lagi perjalanan untuk kenderaan beroda dua berkenaan – sekaligus menjimatkan masa perjalanan anda berbanding menggunakan laluan kenderaan beroda empat biasa. Berkemungkinan pihak Google menggunakan data yang sama daripada Waze untuk Google Maps – seperti integrasi beberapa data lain yang dilakukan mereka sebelum ini.
Buat masa ini, ujian ini dilakukan Google secara terhad. Kami belum melihatnya pada aplikasi kami lagi buat masa ini.