(Ura-Ura) Nokia 9 Mungkin Dilancarkan Seawal Januari 2018

(Ura-Ura) Nokia 9 Mungkin Dilancarkan Seawal Januari 2018

Diterbitkan pada Dis 4, 2017 oleh .

HMD Global pada tahun ini telah hadir dengan beberapa telefon pintar baru – termasuk Nokia 8 yang berspesifikasi tinggi dan dilengkapi dwi-kamera Zeiss. Walaubagaimanapun, salah satu peranti berjenama Nokia yang dinantikan ramai adalah Nokia 9 yang telah tertiris beberapa kali sebelum ini.

Terkini, beberapa desas-desus baru hadir, mengatakan Nokia 9 mungkin dilancarkan secara rasminya seawal Januari ini di China. Ia turut dikatakan Nokia 8 versi kemaskini mungkin turut diperkenalkan bersama-samanya kelak.

Nokia 9 ini dijangka menawarkan skrin beresolusi tinggi dengan nisbah paparan 18:9, serta menawarkan rekaan nirbingkai – salah satu trend yang menjadi hangat akhir-akhir ini. Disamping itu, ia turut dijangka dilengkapi spesifikasi yang tinggi, serta beberapa ciri-ciri menarik.

Pihak HMD Global masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi mengenainya. Sekiranya ini benar, maka kita mungkin akan mendengar sesuatu mengenainya diumumkan pada CES 2018 ini, atau pada sebuah acara khusus yang dijadualkan di China kelak.


TIPS & ULASAN