Huawei P11 Mungkin Dilengkapi Sistem Tri-Kamera 40-Megapixel Dan Swafoto 24-Megapixel

Huawei P11 Mungkin Dilengkapi Sistem Tri-Kamera 40-Megapixel Dan Swafoto 24-Megapixel

Diterbitkan pada Dis 6, 2017 oleh .

Menurut angka terkini yang dikeluarkan oleh Gartner baru-baru ini, Huawei ialah pengeluar peranti ke-tiga terbesar di dunia. Ia memegang 9.5% di belakang Samsung (22.5%) dan Apple (11.9%). Bagi memenuhi sasaran memintas Apple pada tahun 2018, pelbagai inovasi perlu digunakan Huawei bagi memastikan peranti keluaran mereka mendapat perhatian pengguna. Tahun hadapan mungkin Huawei mengeluarkan peranti pertama dengan sistem tri-kamera utama.

Empat keping imej promosi dari Huawei tertiris menerusi akaun peniris terkemuka @evleaks. Ia dipercayai dihasilkan untuk Huawei P11 dan mengetengahkan fungsi baru tri-kamera 40-Megapixel, zoom hibrid 5X, rakaman gambar pro pada waktu malam dan kamera swafoto 24-Megapixel. Kesemua fungsi yang disenaraikan ini adalah amat menarik dan unik.

Sejak dua tahun kebelakangan ini imej Huawei sebagai pengeluar peranti “murah” sudah berjaya dijauhkan. Usahasama dengan Leica membuahkan hasil dan Huawei dilihat sebagai jenama yang baik untuk fotografi mudah alih. Sejauh manakah imej yang tertiris ini tidak diketahui tetapi kerap kali @evleaks tidak mengecewakan.


TIPS & ULASAN