Lenovo K8 Note Hadir Ke Pasaran Malaysia – Menggunakan Antaramuka Asal Android, Kalis Air

Lenovo K8 Note Hadir Ke Pasaran Malaysia – Menggunakan Antaramuka Asal Android, Kalis Air

Diterbitkan pada Dis 11, 2017 oleh .

Lenovo sebelum ini telah melancarkan salah satu telefon pintar yang dinamakan sebagai Lenovo K8 Note. Kini, selang beberapa bulan, telefon pintar berkenaan turut hadir ke pasaran Malaysia dan telah mula ditawarkan melalui pengedar rasmi dan juga kedai atas-talian Lenovo.

Lenovo K8 Note

Dari segi spesifikasi, Lenovo K8 Note menggunakan skrin 5.5-inci dan menggunakan paparan rHD penuh, dijana menggunakan MediaTek Helio X23, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Lenovo K8 Note menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan juga turut menggunakan kamera hadapan 13-megapixel yang dilengkapi pencahayaan lembut dihadapan.

Lenovo K8 Note turut menawarkan beberapa ciri-ciri menarik seperti sokongan audio Dolby Atmos, dan kalis air melalui penggunaan lapisan nano. Lenovo K8 Note turut menyertakan dwi-slot untuk kad-SIM nano, dan juga sokongan slot mikro-SD secara berasingan.

Menjana peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W, selain sebuah butang akses pantas untuk memainkan muzik. Ia menggunakan sistem operasi Android, dan menariknya ia tidak menggunakan sebarang antaramuka tambahan seperti siri peranti Lenovo sebelum ini.

Di Malaysia, Lenovo K8 Note ditawarkan pada harga RM1299. Walaubagaimanapun, bersempena dengan 12.12, ia akan ditawarkan pada harga RM999 melalui Lazada.


TIPS & ULASAN