Cari @ Amanz

Mampu milik dan Apple ialah dua frasa yang jarang digunakan serentak.  Kali terakhir Apple menghasilkan peranti mampu milik ialah pada tahun 2013 dengan iPhone 5C. Sungguhpun lebih murah berbanding iPhone biasa, ianya masih lagi mahal jika dibandingkan dengan peranti Android setanding. Tahun ini iPhone X dilancarkan dengan harga melangkaui RM5000 sebuah. Apakah akan terjadi sekiranya Apple mendengar keluhan pengguna dan menghasilkan edisi mampu milik peranti ini?

Hasilnya mungkin sebuah Apple iPhone Xc. Imej konsep iPhone Xc di atas dihasilkan oleh Martin Hajek yang kerap kali kami paparkan di laman ini. Tubuh logam dan panel kaca digantikan dengan tubuh plastik. Ini akan mengurangkan kos peranti tetapi mengekalkan sistem pengecasan tanpa wayar.

Bagi pengguna peranti akan menjadi lebih mampu milik tanpa kerisauan panel belakang retak sekiranya terjatuh. Rekaan iPhone Xc ini amat menarik tetapi kebarangkalian Apple menghasilkannya adalah agak rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd