Cari @ Amanz

Umum diketahui manusia pertama di permukaan bulan ialah Neil Armstrong. Tetapi ramai tidak mengenali nama manusia terakhir yang menjejakkan kaki di bulan. Beliau ialah Gene Cernan, angkasawan Amerika Syarikat yang melakukan misi Apollo 17. Beliau ialah manusia ke-enam yang dihantar ke bulan. Kali terakhir manusia di bulan ialah pada 11 Disember 1972.

Sebanyak 45 tahun telah berlalu dan pagi tadi Presiden Donald Trump menandatangani Space Policy Directive 1 yang menghidupkan semula program menghantar manusia ke bulan. Program di bawah kelolaan NASA ini akan menjadi batu loncatan kepada misi penghantaran manusia ke Marikh.

Tiada sasaran tarikh bilakah misi ke bulan akan dilancarkan. Amerika Syarikat bukan satu-satunya negara yang ingin menghantar manusia ke bulan. Russia bercadang menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2029 selepas ia dibatalkan pada tahun 1976. Ini ialah langkah kecil untuk kemanusiaan, tetapi lompatan gergasi ke arah mengkolonisasikan planet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd